Al-Arasy: Singgahsana Allah
Product Code: KAK156
Availability: Pre-Order
Tempahan untuk Pre-Order sila Whatsapp Kami
Al-Arasy: Singgahsana Allah
Judul Asal(arab): "Kitab al 'Arasy"
Penulis: Imam adz Dzahabi
Tahqiq: Dr Muhammad Khalifah at-Tamimi
Halaman: 896 Mukasurat, Hard cover
Meskipun setiap yang bergelar mukmin bersepakat dalam meyakini Allah subhanahuwata'ala memiliki nama-nama yang baik (asmaul husna) dan sifat-sifat kesempurnaan yang selayak bagi-Nya, mereka mula berselisih dalam cara memahami dan menetapkan nama dan sifat tersebut sehingga melahirkan pelbagai aliran, kumpulan dan pemikiran di kalangan umat Islam itu sendiri. Namun, seandainya mereka berusaha memahami perkara ini sebagaimana difahami para salaf iaitu sebaik-baik petunjuk buat umat, mereka akan semakin mendekati kefahaman yang benar sebagaimana dikehendaki Allah dan RasulNya.
Termasuklah dalam permasalahan istawa' Allah di atas Arasy dan Kursi-Nya, Imam adz-Dzahabi rahimahullah telah mengarang sebuah karya yang mengupas secara terperinci tentang bagaimana pemahaman Ahlus Sunnah wal Jamaah dalam perkara ini, dengan membawakan sejumlah perkataan para sahabat, tabi'in, tabi'ut tabi'in dan para ulama menerusi pelbagai riwayat-riwayat yang dijelaskan oleh beliau secara terperinci. Kitab ini telah disempurnakan lagi dengan semakan tahqiq oleh Dr Muhammad Khalifah at-Tamimi, menjadikan karya ini sangat baik untuk diteliti dan difahami setiap Muslim dalam memperkukuhkan keimanan terhadap nama dan sifat Allah yang memiliki Kesempurnaan dan Kemuliaan.
Selamat membaca.
=================================================================================
Untuk sebarang PERTANYAAN atau PEMBELIAN, sila Call atau WhatsApp : 011-3975 7993 /011-20693306
ATAU KLIK PADA LINK INI : http://www.wasap.my/601139757993.
TERIMA KASIH.
=================================================================================
Pustaka Bushra Sdn. Bhd. © 2024. Hak Cipta Terpelihara.