Pustaka Bushra merupakan sebuah gedung ilmu yang menjual lebih 1000 judul buku terbitan tempatan dan luar negara yang merangkumi semua bidang dalam agama Islam, seperti tafsir, hadith, aqidah, fiqh, sejarah dan ekonomi Islam.

Telah beroperasi hampir 10 tahun, Pustaka Bushra menjadi tumpuan penuntut ilmu dan para asatizah untuk mendapatkan bahan bacaan dan rujukan agama yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah yang sahih.

Pustaka Bushra merupakan anak syarikat kepada Bushra Holdings Sdn. Bhd.


FOKUS UTAMA

Memberi pendedahan kepada masyarakat akan khazanah ilmu yang sahih berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah dengan pemahaman para salafussoleh untuk dijadikan sumber rujukan, bacaan dan amalan seharian.


PERKHIDMATAN

  • Membekal dan menjual Al-Quran dan kitab-kitab sunnah yang sahih.
  • Mewujudkan sistem jual-beli buku dan produk dalam talian (online) secara bersepadu dan patuh syariah.
  • Menyediakan khidmat waqaf Al-Quran dan kitab-kitab ‘ilmiah kepada mereka yang memerlukan.