Perangkap Iblis [Pustaka Arafah]

Brands Pustaka Arafah
Product Code: KAK076
Availability: 3
Tempahan untuk Pre-Order sila Whatsapp Kami
RM62.00
   0 reviews  |  Write a review

Perangkap Iblis

Penulis: ibn al Jauzi

Halaman: 860 Mukasurat,  Hardcover

Ukuran:  15 x 23cm 


DI SAAT SUASANA BERAGAMA HARI INI YANG PENUH KESAMARAN DAN KEKELIRUAN. APA YANG PERLU DILAKUKAN?

Bab yang paling panjang dihuraikan oleh Imam Ibnul Jauzi di dalam karyanya berjudul 'Talbis Iblis' adalah tipu daya terhadap kaum sufi, sehingga mencapai hampir separuh daripada kitab ini. Apakah sebabnya?

Antara penyebab yang menjadi latar belakang penjelasan yang begitu pahit untuk ditelan oleh sebahagian pihak, adalah kerana suasana pada zaman beliau yang telah muncul begitu banyak aliran sufi sehingga menjadi punca berkembangnya bermacam-macam kepercayaan khurafat dan tahayul di dalam masyarakat Islam, dan tidak kurang juga yang mencarik kemurnian tauhid dengan tersebarnya kepercayaan-kepercayaan pelik yang mengundang syirik tanpa disedari.

Setelah berlalunya ratusan tahun sehinggalah ke zaman kita hari ini, elemen belitan Iblis ini masih kekal berlegar sehingga berlakulah kesamaran dan kekeliruan dalam beragama yang sangat dahsyat ke atas umat ini. Watak-watak pembawa belitan Iblis kekal sama, hanya pelakunya sahaja yang berbeza, meskipun berpakaian agama namun itu bukanlah penentu segala-galanya.

Maka amat perlunya umat pada hari ini meneliti dan mengkaji karya penting yang mampu menjadi benteng dalam berhadapan dengan segala fitnah yang muncul saban hari, dalam memelihara diri dan keluarga dari terjebak dengan tipu muslihat yang seakan-akan tidak terjangkau lagi pada fikiran kita. Semakin hari semakin rumit, semakin memerlukan kita lebih berhati-hati dalam setiap perbuatan, percakapan mahupun pemikiran terhadap sesuatu isu di sekitar kita.

Kitab Talbis Iblis yang ditahqiq oleh Aiman Shalih Sya'ban adalah di antara edisi lengkap yang mengekalkan isi kandungan asal kitab, disertai semakan bagi hadis dan riwayat di dalamnya serta penjelasan tambahan untuk kefahaman pembaca. Telah diterjemahkan oleh Pustaka Arafah dalam bahasa melayu Indonesia yang mudah difahami, Insya Allah.

Selamat Membaca.



=================================================================================

Untuk PERTANYAAN atau PEMBELIAN, sila Call atau WhatsApp : 011-3975 7993 /011-20693306 

ATAU KLIK PADA LINK INI : http://www.wasap.my/601139757993.

TERIMA KASIH.

=================================================================================


Write a review

Please login or register to review
Most viewed