Dosa Dosa Besar (Ummul Qura)

Brands Ummul Qura
Product Code: KAK154
Availability: 1
RM62.00
   0 reviews  |  Write a review

Dosa-Dosa Besar

Penulis : Imam Al Dzahabi, Tahqiq : Abu Hafsh Sayyid Ibrahim Shadiq Imran

Judul Asal: al Kaba-ir

Ini merupakan terjemahan terhadap salah satu kitab al-Kabair yang telah dibuat semakan (tahqiq) dalam memberikan nilai tambah terhadap kitab asal yang masyhur dan mendapat sambutan dalam pengajian tema dosa-dosa besar di dalam Islam. Usaha semakan telah diusahakan para ulama kerana telah tersebar naskah-naskah kitab ini yang dicemari tambahan kisah dan riwayat dusta lagi palsu yang tidak selayaknya disandarkan kepada pengarang asal (Imam adz-Dzahabi).

Ternyata, perbahasan yang dibawakan oleh beliau amat menitikberatkan nukilan dari al-Qur'an & as-Sunnah yang jauh dari penyelewengan. Ditambah pula inisiatif muhaqqiq yang menyemak matan asal kitab dengan memberikan sumber ayat al-Qur'an, status hadis dan atsar yang disebutkan di dalam penulisan asal pengarang, menjelaskan perkataan-perkataan terpilih dan tambahan catatan faedah-faedah bagi memudahkan kefahaman pembaca, dan beberapa lagi usaha yang layak diiktiraf dalam menjauhkan umat Islam dari terjerumus ke dalam perbuatan dosa dan maksiat.

446 Mukasurat


=================================================================================

Untuk sebarang PERTANYAAN atau PEMBELIAN, sila Call atau WhatsApp : 011-3975 7993 /011-20693306 

ATAU KLIK PADA LINK INI : http://www.wasap.my/601139757993.

TERIMA KASIH.

=================================================================================

Write a review

Please login or register to review