Selamat datang ke laman web rasmi Perniagaan Bushra. Web ini masih dalam proses naik taraf dan produk sedang di masukkan secara beransur-ansur. Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan. Terima kasih.

Program Wakaf

بسم الله الرحمن الرحيم

إن الحمد لله، نحمده ونستعينه، ونستغفره ونتوب إليه، ونعوذ به من شرور أنفسنا وسيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له، ومن يضلل فلا هادي له، ونشهد أن لا إله إلا الله، وحده لا شريك له ونشهد أن محمدًا عبده ورسوله اما بعد

Maka sesungguhnya waqaf adalah sesuatu yang telah disyari'atkan oleh Allah 'Azza wa Jalla di dalam Islam. Betapa besarnya pahala dan rahmat Allah ke atas orang yang mengeluarkan infaq di jalan Allah sebagaimana firman Allah 'Azza wa Jalla:

مَثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui.(Surah Al-Baqarah ayat 261)

Kami di Perniagaan Bushra membuat satu program iaitu "Program Waqaf Kitab-Kitab 'Ilmiah". Program ini bertujuan untuk menggalakkan ummat Islam di negara ini ber'ilmu dan ber'amal dengan berpandukan dari kitab-kitab yang bersumberkan daripada Al-Quran dan As-Sunnah sepertimana Para Sahabat memahaminya.

         

2014 - 2015 © Pustaka Bushra Sdn. Bhd. Hak Cipta Terpelihara. Dibangun dam diselenggarakan oleh Bushra Studio & Publication Sdn. Bhd.