Selamat datang ke laman web rasmi Perniagaan Bushra. Web ini masih dalam proses naik taraf dan produk sedang di masukkan secara beransur-ansur. Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan. Terima kasih.

Syarat Perjanjian Stokis

Berikut adalah SYARAT-SYARAT AM Kontrak Perjanjian Stokis Bushra (KPSB):

  1. Perniagaan Bushra atau Francaisnya berhak untuk menerima atau menolak permohonan perlantikan stokis ini kepada mana-mana syarikat atau individu yang layak berdasarkan pertimbangan yang sewajarnya.
     
  2. Pemohonan yang telah disahkan akan dibenarkan untuk mengedar produk jualan Perniagaan Bushra secara rasmi mengikut medium pemasaran tersendiri. Pemasaran boleh dilakukan melalui laman sesawang atau jualan langsung dengan kos pemasaran atau penerbitan bahan cetak yang dibuat sendiri ditanggung sepenuhnya oleh pihak stokis.
     
  3. Kepada semua stokis yang berdaftar melalui Perniagaan Bushra atau Francaisnya potongan harga 35% untuk pembelian di Perniagaan Bushra dan 30% untuk pembelian di Francaisnya adalah LAYAK kepada semua stokis yang berdaftar. Potongan 35% ini hanya diberikan kepada pembelian tunai oleh stokis yang berdaftar di bawah Perniagaan Bushra (khusus untuk stokis di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur atau mana-mana negeri yang belum mempunyai Francais Bushra) atau yang berdaftar melalui wakil Francais kami tetapi membeli secara TUNAI di premis jualan Perniagaan Bushra. Manakala segala pembelian melalui talian perlulah dirujuk terlebih dahulu kepada Francais di negeri masing-masing sekiranya ada.
     
  4. Setiap stokis yang berdaftar melalui Francais perlulah merujuk segala pembelian barang melalui Francais masing-masing terlebih dahulu. Pihak Perniagaan Bushra tidak akan melayan sebarang permintaan daripada stokis yang berdaftar dibawah Francais untuk membuat tempahan produk sebelum terlebih dahulu merujuk kepada Francais mereka.
     
  5. Pembelian langsung oleh wakil stokis daripada kedai Perniagaan Bushra atau mana-mana Francais Bushra di Malaysia hendaklah dilakukan secara TUNAI sahaja kecuali mendapat persetujuan untuk menangguh bayaran berdasarkan pertimbangan yang sewajarnya oleh Perniagaan Bushra atau wakil Francaisnya. Mengikut syarat perlantikan stokis baru, pihak Perniagaan Bushra atau Francaisnya akan mengenakan syarat pembelian awal produk kepada semua stokis baru dengan kadar pembelian awal minima RM 1,000 – RM 2,000 untuk mendapatkan diskaun yang telah ditetapkan.
     
  6. Sekiranya stokis gagal untuk membuat pembelian barang daripada Bushra atau wakilnya melebihi 60 hari daripada tarikh akhir pembelian tanpa ada sebarang notis, maka pihak Bushra akan memberikan peringatan pertama melalui talian dan email, sekiranya setelah 15 hari dari tarikh surat peringatan dikeluarkan, stokis masih gagal untuk membeli produk daripada Bushra, maka kelayakan stokis akan ditukar serta merta kepada ahli bushra sahaja dan mereka diminta untuk membuat permohonan semula sekiranya ingin menjadi stokis.
     
  7. Setiap pembelian barangan adalah dilakukan secara TUNAI sahaja. Produk akan dihantar setelah pembayaran produk termasuk kos pos disahkan masuk ke dalam akaun Perniagaan Bushra atau Wakil Francaisnya. Slip penghantaran pos akan dimaklumkan kepada Stokis untuk dijadikan rujukan.
     
  8. Perniagaan Bushra atau wakil Francaisnya akan bertanggungjawab terhadap penghantaran produk sekiranya berlaku kerosakan.
     
  9. Pihak stokis tidak dibenarkan untuk memanipulasi harga jualan yang telah ditetapkan bagi setiap produk sebelum mendapat persetujuan daripada pihak Perniagaan Bushra.
     
  10. Semua stokis perlulah mengisi Borang Permohonan Stokis dan menyerahkan dokumen-dokumen yang berkaitan untuk tujuan dokumentasi. Antara dokumen-dokumen yang diperlukan:
    a.    Salinan Fotokopi Kad Pengenalan Pemohon
    b.    Salinan Fotokopi Sijil Pendaftaran Syarikat (Sekiranya ada)
     
  11. Semua stokis bertanggungjawab terhadap maklumat produk yang disampaikan kepada para pelanggan. Sebarang bentuk pemalsuan fakta atau penyelewengan maklumat yang dibuat akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak stokis
     
  12. Pihak Perniagaan Bushra tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan mahkamah yang dikenakan ke atas wakil stokisnya sekiranya berlaku salah laku atas kecuaian, kelalaian atau sebarang tindakan wakil stokis yang bertentangan dengan undang-undang samada melibatkan kesalahan individu atau syarikat perniagaannya.
     
  13. Semua pembelian barangan daripada Perniagaan Bushra adalah MUKTAMAD dan tidak boleh dikembalikan kecuali berlakunya kerosakan disebabkan oleh kecuaian pihak kami.

2014 - 2015 © Pustaka Bushra Sdn. Bhd. Hak Cipta Terpelihara. Dibangun dam diselenggarakan oleh Bushra Studio & Publication Sdn. Bhd.