Selamat datang ke laman web rasmi Perniagaan Bushra. Web ini masih dalam proses naik taraf dan produk sedang di masukkan secara beransur-ansur. Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan. Terima kasih.

Syarat Perjanjian Franchise

Berikut adalah SYARAT-SYARAT AM Kontrak Perjanjian Francais Bushra (KPFB):

  1. Perniagaan Bushra berhak untuk menerima atau menolak permohonan perlantikan Francais ini kepada mana-mana syarikat atau individu yang layak berdasarkan pertimbangan yang sewajarnya.
     
  2. Pemohonan yang telah disahkan akan dibenarkan untuk mengedar produk jualan Perniagaan Bushra secara rasmi mengikut kaedah pemasaran atau pengiklanan tersendiri. Setiap Francais di bawah Perniagaan Bushra layak mendapatkan potongan bagi setiap belian daripada Perniagaan Bushra sehingga 45% bagi setiap produk. Pemasaran boleh dilakukan melalui laman sesawang atau jualan langsung dengan dengan kos pemasaran atau penerbitan bahan cetak yang dibuat sendiri ditanggung sepenuhnya oleh pihak Francais.
     
  3. Setiap Francais yang berdaftar dibawah Perniagaan Bushra perlulah merujuk segala pembelian barang produk kepada Perniagaan Bushra untuk mendapatkan potongan harga yang diberikan.
     
  4. Mengikut syarat perlantikan Francais baru, pihak Perniagaan Bushra akan mengenakan syarat pembelian pertama produk dengan kadar minima RM 10, 000 atau lebih. Manakala untuk pembelian seterusnya, pihak Francais boleh membeli dengan jumlah yang tertentu dengan potongan harga belian sehingga 45% daripada Perniagaan Bushra.
     
  5. Sekiranya francais gagal untuk membuat pembelian barang daripada Bushra melebihi 90 hari berturut-turut daripada tarikh akhir pembelian tanpa mengemukakan sebarang notis, maka pihak Bushra akan memberikan peringatan awal melalui talian dan email, dan setelah 15 hari dari tarikh surat peringatan dikeluarkan, sekiranya francais masih gagal untuk membeli produk daripada Bushra, maka kelayakan francais akan ditukar serta merta kepada ahli bushra sahaja dan mereka diminta untuk membuat permohonan semula sekiranya ingin menjadi francais.
     
  6. Pihak Perniagaan Bushra mewajibkan kepada semua pemohon wakil Francais Bushra supaya dapat mendaftar Syarikat tersendiri dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebelum membuat permohonan Francais ini.
     
  7. Pihak Perniagaan Bushra menetapkan nisbah minima 60% jumlah produk di premis perniagaan Francais Bushra adalah barangan daripada Perniagaan Bushra sendiri. Manakala selebihnya merupakan bahagian untuk produk luaran sebagai pelengkap kepada keperluan perniagaan Francais di kawasan masing-masing.
     
  8. Segala bentuk perubahan atau cadangan yang ingin dilakukan oleh pihak Francais terhadap jenis produk yang ingin dijual atau sistem jualan yang ingin diubah daripada apa yang telah ditetapkan perlulah merujuk kepada pihak pentadbiran Bushra terlebih dahulu.
     
  9. Pihak Perniagaan Bushra mewajibkan kepada semua Francais untuk mengekalkan logo syarikat Perniagaan Bushra sebagai trademark kepada jaringan perniagaan ini.
     
  10. Setiap permohonan penghantaran produk akan diuruskan oleh Perniagaan Bushra dengan kos penghantaran dan pengurusan akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Francais. Pihak Perniagaan Bushra akan bertanggungjawab terhadap penghantaran produk-produk ini sekiranya berlaku kerosakan.
     
  11. Setiap pembelian produk oleh Francais digalakkan untuk menjelaskannya secara tunai atau melalui akaun bank Perniagaan Bushra. Butiran seperti berikut:
    PERNIAGAAN BUSHRA
    Bank Islam (1201-0010-0869-49) atau
    Maybank (5624-6930-8866).
     
  12. Pihak Francais tidak dibenarkan untuk memanipulasi harga jualan yang telah ditetapkan bagi setiap produk sebelum mendapat persetujuan daripada pihak Perniagaan Bushra.
     
  13. Semua Francais perlu mengisi Borang Permohonan Francais dan menyerahkan dokumen-dokumen yang berkaitan untuk tujuan dokumentasi kami. Antara dokumen-dokumen yang diperlukan:
          a.    Salinan Fotokopi Kad Pengenalan Pemohon
          b.    Salinan Fotokopi Sijil Pendaftaran Syarikat
          c.    Salinan Slip Penyata Bank Syarikat/ Individu yang terkini (untuk kegunaan pejabat sahaja)
     
  14. Semua Francais bertanggungjawab terhadap maklumat produk yang disampaikan kepada para pelanggan. Sebarang bentuk pemalsuan fakta atau penyelewengan maklumat yang dibuat akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Francais.
     
  15. Pihak Perniagaan Bushra tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan mahkamah yang dikenakan ke atas wakil Francaisnya sekiranya berlaku salah laku atas kecuaian, kelalaian atau sebarang tindakan wakil Francais yang bertentangan dengan undang-undang samada melibatkan kesalahan individu atau syarikat perniagaannya.
     
  16. Semua pembelian barangan daripada Perniagaan Bushra adalah MUKTAMAD dan tidak boleh dikembalikan kecuali berlakunya kerosakan disebabkan oleh kecuaian pihak kami.
     
  17. Pihak Perniagaan Bushra berhak untuk meminda syarat-syarat kontrak ini sekiranya perlu tanpa mengambil kira kebenaran rasmi daripada wakil Francaisnya.

 

2014 - 2015 © Pustaka Bushra Sdn. Bhd. Hak Cipta Terpelihara. Dibangun dam diselenggarakan oleh Bushra Studio & Publication Sdn. Bhd.