Bahagia Tanpa Dosa

Brands Zamzam ~ Mata Air Ilmu
Product Code: KUM133
Availability: In Stock
RM14.00
Ex Tax: RM14.00
   0 reviews  |  Write a review

Bahagia Tanpa Dosa
Karya: Abdul Hadi Bin Hasan

Sekalipun seseorang itu mengetahui ganjaran besar yang dijanjikan Allah melalui RasulNya dalam sesuatu amal ibadat, dosa dan maksiat pada diri seseorang itu boleh menjadi penyebab dirinya terhalang dari memperbanyakkan amal soleh, terutamanya amalan-amalan sunnah. Ini merupakan salah satu akibat perbuatan dosa yang merosakkan kemurnian agama selain daripada perbuatan syirik dan bid'ah, yang dilakukan manusia di muka bumi ini. Bahkan perlakuan dosa ini dilakukan tanpa mengira sama ada seseorang itu dari golongan orang yang lalai mahupun orang yang menjaga agamanya. Seandainya manusia memikirkan betapa banyak kesan kerugian yang akan menimpa mereka di dunia dan di akhirat, nescaya manusia akan sedaya upaya menjauhi perbuatan dosa tanpa mengira di tahap mana mereka berada.

Buku yang ringkas ini mengupas sejumlah implikasi buruk dari perbuatan dosa dan maksiat yang boleh berlaku kepada peribadi mahupun kepada masyarakat umum. Inilah muhasabah yang diperlukan oleh umat pada zaman keterasingan ini, agar dapat mengubah kehidupan yang berlumuran dengan dosa kepada kehidupan yang dihiasi dengan amal yang soleh.

Ukuran Buku: 14cm x 16cm / Halaman: 146 hlm / Softcover

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good