Selamat datang ke laman web rasmi Perniagaan Bushra. Web ini masih dalam proses naik taraf dan produk sedang di masukkan secara beransur-ansur. Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan. Terima kasih.

Profile Perniagaan Bushra

Segala puji hanya milik Allah Subhanallahu Ta'ala, Zat yang telah melimpahkan berbagai kenikmatan kepada kita semua, selawat dan salam semoga sentiasa terlimpah kepada Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, keluarga dan seluruh sahabatnya.

Alhamdulillah, kami  bersyukur kepada Allah Subhanallahu wa ta'ala, kerana dengan izin-Nya kami dapat mengadakan sebuah perniagaan yang berteraskan 'Dakwah dalam Perniagaan" dengan konsep berjama'ah. PERNIAGAAN BUSHRA telah didaftarkan perniagaannya pada 1hb. September 2010 dengan modal RM130,000.00.

Urusan perniagaan yang sedia ada adalah:

  • Pusat pembekal, dan menjual Al Qur'an dan kitab-kitab sunnah;
  • Pembekal dan menjual produk, keluaran syarikat muslim tempatan dan luar negara;
  • Agen perkhidmatan Haji, umrah dan ziarah dan lain-lain

Perniagaan Bushra telah merancang mewujudkan rantaian perniagaan di setiap Negeri dalam Negara secara francais kepada yang benar-benar layak. Diikuti dengan perlantikan stokis daerah kepada mereka yang ingin menjadi wakil dengan syarat yang telah ditetapkan.

Sebagai sebuah syarikat yang bermatlamatkan dakwah, kami telah menetapkan hasil dari keuntungannya diperuntukan untuk program pembesaran syarikat dan sebahagian lagi diagihkan kepada:

  • Bantuan pelajar lanjutan dalam bidang Al Qur'an dan Hadits;
  • Bantuan pembangunan institusi, pengajian/kuliah;
  • Elaun tenaga pengajar (Ustadz);
  • Bantuan kepada yang perlu dibantu.

Sokongan anda dengan membeli produk jualan kami secara tidak langsung telah membantu usaha seperti yang dinyatakan diatas. InsyaAllah

2014 - 2015 © Pustaka Bushra Sdn. Bhd. Hak Cipta Terpelihara. Dibangun dam diselenggarakan oleh Bushra Studio & Publication Sdn. Bhd.