Madu Sidr Al Barakah

Madu Sidr Al Barakah
Brand: Al Barakah - Fayzs Sdn. Bhd.
Product Code: PMD017
Availability: In Stock
Price: RM240.00 RM216.00
Qty:  

MADU SIDR AL BARAKAH.

Madu lebah “SIDR” dikenal pasti sebagai madu lebah terbaik, paling berkualiti dan paling termahal di dunia. Ianya merupakan madu lebah yang mempunyai keistimewaan tersendiri dari sudut rasa, aroma kandungan zat-zat dan khasiat yang diiktirafkan paling terbaik. Keistimewaan madu lebah sidir adalah kerana pokok-pokok sidrnya (Ziziphus Spina Christi, L.Willd) yang terdapat di kawasan pergunungan di mana tanah dan kawasan di situ masih terpelihara dari pencemaran. Manakala lebah yang menghasilkan madu di pergunungan pula adalah jenis lebah yang khusus memakan debunga sidir sahaja.

Pokok sidir yang dipercayai oleh kebanyakkan masyarakat arab sebagai salah satu pokok istimewa sehingga disebut di dalam Al-Quran pohon yang terdapat di alam dunia dan alam akhirat lagi pula pohon yang tertua di dunia.Pokok Sidir biasanya terdapat di negara Yaman (Syam) di tanah Arab. Biasanya tumbuh di pergunungan Hadhramaut dan menjadi kegemaran lebah-lebah di sana menghisap nektar dari bunganya bagi penghasilan madu. Pokok Sidir diterjemah secara am sebagai pokok bidara dalam bahasa Melayu namun spesis pokok ini hanya terdapat di tanah Arab sahaja dan pengusaha madu golongan Badwi secara turun-temurun adalah di Yaman secara khususnya. Pokok ini mengeluarkan aroma bau buahan seumpama epal yang menjadi kegemaran lebah.

Madu sidr ini mempunyai nilai khasiat dan perubatan yang lebih tinggi berbanding jenis-jenis madu lain. Madu sidr amat mujarab untuk menyembuhkan penyakit hati, penghadaman dan pernafasan, menaikkan prestasi batin dan sebagai anti-oksida dan anti-bakteria yang berkesan.

Berat bersih : 1 kg


UNTUK PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN, SILA WHATSAPP 011-3975 7993, 

ATAU KLIK PADA LINK INI : http://www.wasap.my/601139757993.

TERIMA KASIH.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



2014 - 2015 © Pustaka Bushra Sdn. Bhd. Hak Cipta Terpelihara. Dibangun dam diselenggarakan oleh Bushra Studio & Publication Sdn. Bhd.