Mulia Dengan Manhaj Salaf

Brands Pustaka At-Taqwa
Product Code: KAK066
Availability: In Stock
RM80.00
Ex Tax: RM80.00
   0 reviews  |  Write a review

MULIA DENGAN MANHAJ SALAF.

Karya: Yazid Abdul Qadir Jawas.

Manhaj salaf dan dakwah salafiyyah seringkali dikelirukan sebagai fahaman baru yang tidak mewakili Islam yang sebenar, bahkan dianggap sebagai pemecah belah umat. Sedangkan, inilah manhaj terbaik dalam beragama yang benar iaitu dengan mengikuti jejak generasi salafus soleh (sahabat, tabi'in, tabi'ut tabi'in) yang telah mendahului kita, serta mendapat pengiktirafan dalam al-Qur'an serta pujian dari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam. Dalam masa yang sama, usaha bagi memberikan kefahaman kepada umat Islam perlu diteruskan lantara mereka sering dipalingkan dari kebenaran dan disogokkan dengan pelbagai macam kekeliruan yang ditimbulkan oleh mereka tidak menyukai bahkan membenci, meskipun sekian banyak penjelasan dan dalil telah dibentangkan. Kepada Allah jualah kita memohon pertolongan.

Maka buku ini berusaha menerangkan manhaj beragama yang benar ini, menerusi 64 dalil dan hujah yang terdiri daripada firman Allah Subhanahu wata'ala, sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam, perkataan para sahabat serta ucapan dan wasiat para imam dan ulama salaf, semoga Allah meredhai dan merahmati mereka kesemuanya. Karya ini sarat dengan penulisan yang kritis berdasarkan kesungguhan pengarang yang inginkan kebaikan buat umat serta memperingatkan para pendakwah agar bertakwa kepada Allah 'Azza wa Jalla, di atas segala pendustaan dan tohmahan yang dibuat terhadap manhaj ini, sehinggalah kita semua akan dibangkitkan dan dihisab pada Hari Pembalasan nanti.

Mengandungi 594 mukasurat.

=================================================================================

Untuk PERTANYAAN atau PEMBELIAN, sila Call atau WhatsApp : 011-3975 7993 / 019-919 0955

=================================================================================

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good