40 Kisah Palsu Tetapi Masyhur

Brands PTS Publishing House
Product Code: KUM148
Availability: Out Of Stock
RM20.00
Ex Tax: RM20.00
   0 reviews  |  Write a review

40 KISAH PALSU TETAPI MASYHUR Yang Disandarkan Pada Agama
Karya: Mustafar Mohd Suki
Pengantar: Dr Mohamad Rozaimi Ramle

Jenayah di meja ceramah seringkali berlaku apabila dikaitkan dengan masyhurnya sesuatu kisah atau riwayat, sekalipun tidak dapat dipastikan di manakah asal sumber pengambilannya. Sehinggakan masih tersebar dan dipercayai oleh masyarakat terhadap kisah 'agama' yang akhirnya dijadikan hujah agama seumpama bergoncangnya Arasy Allah disebabkan talak, ganjaran payung emas di syuga kepada isteri yang megizinkan suami berpoligami, kisah sahabat Nabi yang masuk syurga secara merangkak kerana kekayaannya, mengunyah 40 kali apabila makan, dan pelbagai lagi kisah yang tidak sahih tetapi disandarkan pada agama.

Buku ini merupakan himpunan dan ulasan 40 kisah popular yang sekian lama tersebar di negara ini, merujuk kepada penilaian para ulama' silam dan kontemporari yang menjadikan ia amat membantu pembaca dalam mengetahui hujah-hujah dusta yang sering diperdengarkan selama ini. Turut dijelaskan hubungan kait di antara kisah palsu dengan pemalsuan hadis, meliputi punca dan kaedah mengenali hadis maudhu', sejarah kemunculan kisah Israiliyyat dan pendirian ulama' berkenaannya, serta kesan buruk akibat penyebaran hadis dan kisah palsu. Tidak dilupakan, kaedah pembaikan yang disyorkan kepada semua pihak agar fenomena ini dapat ditangani secara positif di negara kita.

Ukuran Buku: 15cm x 23cm / Halaman: 192 hlm / Softcover

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good