RINGKASAN TAFSIR IBNU KATSIR

RINGKASAN TAFSIR IBNU KATSIR
RINGKASAN TAFSIR IBNU KATSIR RINGKASAN TAFSIR IBNU KATSIR RINGKASAN TAFSIR IBNU KATSIR RINGKASAN TAFSIR IBNU KATSIR
Brand: Gema Insani
Product Code: KTS026
Availability: In Stock
Price: RM448.00 RM380.80
Qty:  

RINGKASAN TAFSIR IBNU KATSIR
Karya: Muhammad Nasib ar-Rifa'i

Tafsir Ibnu Katsir, sebuah kitab tafsir al-Qur'an yang diiktiraf seluruh kaum muslimin ini ditulis berdasarkan pendekatan yang paling tepat dalam penafsiran Kitab Allah yang sangat agung ini. Ayat demi ayat difahami dengan merujuk kepada ayat lain yang menjelaskan lagi maksud sesuatu ayat, diikuti rujukan terhadap sumber hadis-hadis nabawi dan atsar para sahabat. Himpunan riwayat demi riwayat idi dalam kitab tafsir ini amat bermanfaat khususnya oleh mereka yang sudah sedia mendalami ilmu al-Qur'an dan tafsir, namun ia belum tentu dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi mereka yang masih di peringkat asas dalam memahami ilmu agama ini.

Alhamdulillah, kini telah hadir 'kemudahan dari Allah' yang merujuk kepada usaha meringkaskan kitab tafsir ini agar mampu mendekatkan pembaca kepada mesej yang diturunkan Allah kepada manusia. Intisari syarah asal (oleh Imam Ibnu Katsir rahimahullah) disajikan dengan mengeluarkan riwayat-riwayat Israiliyyat dan hadis yang tidah sahih, serta berpada dengan hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim sahaja. Kitab tafsir ringkasan yang telah mendapat pengiktirafan tokoh-tokoh ilmuan dari pelbagai negara umat Islam ini amat wajar dimiliki sebagai usaha untuk meraih keistimewaan yang tersimpan di dalamnya, bagi mereka yang mahu mendapatkannya.

4jilid lengkap / Hardcover

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



2014 - 2015 © Pustaka Bushra Sdn. Bhd. Hak Cipta Terpelihara. Dibangun dam diselenggarakan oleh Bushra Studio & Publication Sdn. Bhd.