40 Hadis Palsu & Lemah

Brands PTS Publishing House
Product Code: KHD083
Availability: In Stock
RM14.00
Ex Tax: RM14.00
   0 reviews  |  Write a review

40 HADIS PALSU DAN LEMAH POPULAR (Edisi 2016)
Karya: Abdul Razak Muthalib

Dengan menginsafi bahawa penyebaran hadis palsu yang dikaitkan secara batil terhadap Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam masih berleluasa khususnya di negara ini, usaha-usaha penerangan dan penjelasan perlu disebarluaskan lagi agar mampu menimbulkan kesedaran di kalangan umat Islam supaya dapat beramal dengan agama Islam yang terpelihara dari pendustaan dan penyelewengan. Tinggal sahaja perselisihan yang mungkin timbul di sana sini, ia boleh diselesaikan secara harmoni dan penuh ketaqwaan insya Allah.

Salah satu usaha yang dibuat adalah melalui penulisan berkaitan tema ini, seperti tulisan Ustaz Abdul Razak Muthalib yang menghimpunkan 40 hadis palsu dan lemah popular yang sekian lama tersebar di negara ini, merujuk kepada penilaian para sarjana silam dan kontemporari yang menjadikan ia amat membantu pembaca dalam menilai semula riwayat-riwayat yang sering diperdengarkan selama ini. Buku ini turut memperkenalkan beberapa kategori hadis yang asas (sahih, hasan, daif dan sebagainya) yang dipersembahkan menerusi gambarajah dan jadual yang mudah difahami. Diharapkan penulisan ilmiah ini dapat menggalakkan suasana ilmu yang sihat, sekaligus menangani fenomena hadis palsu dan lemah ini secara positif di negara kita.

Ukuran Buku: 15cm x 23cm / Halaman: 224 hlm / Softcover

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good