AL-LU'LU' WAL MARJAN; Mutiara Hadits Sahih Bukhari dan Muslim

Brands Ummul Qura
Product Code: KHD063
Availability: In Stock
RM100.00
Ex Tax: RM100.00
   0 reviews  |  Write a review

AL-LU'LU' WAL MARJAN; Mutiara Hadits Sahih Bukhari dan Muslim
Susunan: Muhammad Fuad Abdul Baqi

Kitab ini adalah merupakan karya Muhammad Fuad Abdul Baqi rahimahullah yang memuatkan hadith-hadith yang disepakati darjat kesahihannya di sisi Imam al-Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab Sahih masing-masing, iaitu hadith-hadith yang disebut sebagai 'muttafaqun 'alayh' menurut istilah ilmu hadith. Mengandungi hampir 2000 hadith yang disusun dalam 54 bab, edisi terjemahan ini turut disertakan catatan ringkas yang bermanfaat terhadap beberapa hadith, dan turut memaparkan biografi ringkas Imam Bukhari dan Imam Muslim, biografi 7 perawi hadis terbanyak di kalangan sahabat, pengenalan ringkas ilmu hadis dan indeks bagi memudahkan pencarian hadis.

Edisi terjemahan ini didatangkan bersama CD interaktif istimewa yang mengandungi pelbagai program perisian seperti Ringkasan Sahih Bukhari dan Muslim, Syarah Hadis Arba'in an-Nawawi, Bulughul Maram dan lain-lain, serta pelbagai e-book, program flash, audio, kamus, sebagai alat bantu dalam mempelajari agama Islam.

Ukuran Buku: 18cm x 24.5 / Halaman: 1404 Halaman / Hardcover

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good