KUMPULAN CERAMAH PILIHAN

KUMPULAN CERAMAH PILIHAN
KUMPULAN CERAMAH PILIHAN KUMPULAN CERAMAH PILIHAN
Brand: Darul Haq
Product Code: KDW017
Availability: In Stock
Price: RM26.00 RM22.10
Qty:  

KUMPULAN CERAMAH PILIHAN
Karya: Ibrahim Abdullah Bin Saif Al-Mazru'i

Sebagaimana Allah mengisyaratkan manusia akan berada dalam kerugian melainkan orang-orang yang beriman beserta ciri-cirinya (Al-Asr: 1-3), bimbingan menerusi amalan zikir kepada Allah, merasai keberadaan Allah, berlumba-lumba dalam ketaatan dan kebaikan, semuanya akan membimbing seorang Muslim yang Mukmin itu agar sentiasa berada dalam keadaan mendapat rahmat Allah Subhanahu wata'ala khususnya apabila sentiasa diberi nasihat dan peringatan secara berterusan, lantaran sifat manusia yang sentiasa leka dalam menjaga kesucian hati dari segala perkara-perkara yang membinasakan.

Buku ini disusun oleh pengarang berdasarkan penyampaian beliau dalam pengajian berkenaan tema zuhud dan raqa'iq (kelembutan hati), sebagai salah satu usaha berpesan-pesan dengan kebenaran dan sentiasa istiqamah dalam kesabaran menerusi jalan berzikir mengingati Allah, memuhasabah diri, melembutkan hati dan bersikap zuhud yang semestinya diperlukan oleh setiap Muslim. Sejumlah 20 tajuk ceramah yang mengandungi pengaruh yang halus terhadap jiwa dan kalbu yang mengharapkan kasih sayang Allah Subhanahu wata'ala, dipaparkan secara tersusun dan gaya bahasa yang mudah difahami.

Ukuran Buku: 16cm x 24cm / Halaman: 360 hlm / Softcover

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



2014 - 2015 © Pustaka Bushra Sdn. Bhd. Hak Cipta Terpelihara. Dibangun dam diselenggarakan oleh Bushra Studio & Publication Sdn. Bhd.