Aqidah Thahawiyah Taqliq & Syarah (Pocket)

Brands Media Hidayah
Product Code: KAK135
Availability: In Stock
RM8.00
Ex Tax: RM8.00
   0 reviews  |  Write a review

AQIDAH THAHAWIYAH TAQLIQ & SYARAH (POCKET).

Karya: Syaikh Nashiruddin Al Albani.

Sebuah lagi penjelasan dan huraian terhadap kitab Aqidah Thahawiyah karangan Imam ath-Thahawi rahimahullah, yang disusun dari syarah ringkas dan semakan riwayat oleh Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah, seorang ahli hadis zaman ini yang terkenal dengan sumbangan besarnya terhadap semakan kitab-kitab turath peninggalan para ulama. Keistimewaan syarah ini ialah, Sheikh al-Albani mensyarahkan matan asal yang disusun oleh Imam ath-Thahawi berdasarkan manhaj aqidah salaf yang selamat dari keraguan yang berlaku khususnya pada bab beriman kepada Qada dan Qadar, yang menyebabkan munculnya aliran aqidah yang menyimpang seperti fahaman Muktazilah, Qadariyah, Jabariyah dan seumpamanya.

Buku bersaiz poket ini sangat sesuai untuk dibawa sentiasa agar dapat melazimi matan asal Aqidah Thahawiyah dengan lebih jelas, sesuai dengan kefahaman ahlus sunnah yang mengutamakan aqidah yang sahih dan sejahtera. Bagi edisi terjemahan ini, anak kepada Sheikh al-Albani sendiri (Abdul Mushawwir) telah melakukan ulang semakan berpandukan kepada naskah asli yang berada di tangannya. Meskipun syarah dan ulasan bagi naskah ini ringkas dan sederhana, ia tetap mengekalkan keistimewaan perbahasan dalam kitab asal. Semoga bermanfaat.

Ukuran Buku: 10cm x 15cm / Halaman: 200 hlm / Softcover.

=================================================================================

Untuk PERTANYAAN atau PEMBELIAN, sila Call atau WhatsApp : 011-3975 7993 / 019-919 0955

=================================================================================

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good