50 Prinsip Pokok Ajaran Al-Qur'an

Brands Darul Haq
Product Code: KAQ026
Availability: Out Of Stock
RM50.00
Ex Tax: RM50.00
   0 reviews  |  Write a review

50 PRINSIP POKOK AJARAN AL-QUR'AN; Bekal Membangun Jiwa yang Kuat dan Pribadi yang Luhur.

Karya: Dr Umar Abdullah al-Muqbil.

Terjemahan kepada 'Qawa'id Qur'aniyyah', sebuah karya Dr Umar al-Muqbil hasil inspirasi daripada syarahan beliau yang mendapat sambutan meluas di media Arab Saudi. Beliau memilih sejumlah 50 ayat daripada al-Qur’an yang merangkumi prinsip-prinsip penting, seakan-akan mencakupi keseluruhan ayat-ayat dalam al-Qur’an yang berkaitan dengan tema-tema interaksi dan aplikasi dalam hubungan sesama manusia, sekaligus memenuhi tuntutan pengabdian kepada Allah Subhanahu wata'ala.

Setiap perbahasan tema dikaitkan dengan realiti semasa secara ilmiah namun jelas dan padat, sebagaimana hadis-hadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam dimaklumi keunikannya yang bersifat 'jawami'ul kalim' (perkataan yang ringkas namun membawa makna yang luas), maka pastinya al-Qur'an yang merupakan Kalamullah adalah lebih utama sesuai dengan KeagunganNya. Inilah sebuah karya tadabbur al-Qur'an menggunakan pendekatan tematik yang segar dan global bagi memahami mesej utama yang seharusnya diambil perhatian oleh seluruh kaum muslimin yang beriman dengan mukjizat yang agung ini.

Mengandungi 424 mukasurat.


UNTUK PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN, SILA WHATSAPP 011-3975 7993, 

ATAU KLIK PADA LINK INI : http://www.wasap.my/601139757993.

TERIMA KASIH.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good