Selamat datang ke laman web rasmi Perniagaan Bushra. Web ini masih dalam proses naik taraf dan produk sedang di masukkan secara beransur-ansur. Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan. Terima kasih.

Jawatan Kosong

EKSEKUTIF KEWANGAN

Skop Kerja

  • Merekod transaksi kewangan dengan menggunakan Sistem Perakaunan Berkomputer.
  • Membuat Penyata Penyesuaian Bank (Bank Reconciliation).
  • Menguruskan aktiviti pembayaran hutang oleh agen-agen syarikat.
  • Menguruskan pembayaran bil-bil syarikat, penjelasan bil kepada vendor dan juga hal-hal kebajikan pekerja seperti SOCSO, KWSP dan lain-lain.
  • Membuat urusan dengan pihak audit dan juga agensi-agensi yang berkaitan dalam memberikan informasi, data-data, invois-invois dan lain-lain perkara.
  • Bekerjasama dengan bahagian yang lain sekiranya diperlukan.

 

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Lelaki beragama Islam.
  • Umur 25 tahun ke atas.
  • Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Diploma bahagian PERAKAUNAN atau PENGURUSAN KEWANGAN SYARIKAT dan ke atas atau sijil-sijil yang berkaitan.
  • Berpengalaman dalam industri sekuran0kurangnya SETAHUN, Memiliki Lesen Memandu B2 atau D atau kedua-duanya sekali.
  • Bertanggungjawab dan amanah.
  • Berkeinginan untuk belajar agama dan hidup dalam syariat berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

 

Keistimewaan Pekerja

  • Gaji yang berpatutan.
  • Suasana kerja yang baik.
  • Bekerja sambil berdakwah (bekerja sambil mengumpul saham di akhirat insyaallah)

 

Sekiranya berminat bolehlah menghantar CV?RESUME anda ke abdkadir@bushraniaga.com

     TARIKH TUTUP PERMOHONAN 31 DISEMBER 2015

 

Hubungi
Irsyad :013-3723432
Abd Kadir :018-3180634

2014 - 2015 © Pustaka Bushra Sdn. Bhd. Hak Cipta Terpelihara. Dibangun dam diselenggarakan oleh Bushra Studio & Publication Sdn. Bhd.