BERSUCI & BERWUDHU


Penulis: Abu Ruwais Asy Syubrawi

Penerbit : Bushra Studio & Publication

Terdapat banyak amalan para ulama bermazhab asy-Syafie yang meninggalkan pandangan beliau. Malah, terdapat pelbagai contoh di mana Imam Asy-Syafie rahimahullah 'menggantung pendapatnya' tanpa menetapkan sebarang hukum dan membiarkan para ulama hadis membahaskannya sama ada sahih atau daif hadis tersebut dengan meninggalkan kaedah paling agung iaitu: 'Apabila sahih sesebuah hadis, itulah peganganku'. Ini disebabkan ketelitian dan sikap berhati-hati dalam menyampaikan hukum agar tidak menyanggahi hadis Nabi sallallahu 'alaihi wasallam yang sahih.

Begitu juga saya. Sekiranya apa yang terkandung dalam buku ini berlawanan dengan kehendak sebenar hadis sahih, saya akan menarik semula pendapat ini sama ada ketika saya masih hidup atau selepas mati kerana mengikut akhlak salafussoleh. Semoga ALLAH mengampunkan dosa kita semua daripada apa yang zahir dan batin.

Ustaz Abu Ruwais Asy Syubrawi

Buku ini mengupas secara lengkap tentang :

  • Pembahagian Najis
  • Alat Bersuci
  • Bersuci
  • Wuduk
  • Mandi
  • Siwak
  • Perkara Yang Membatalkan Wuduk
  • Menyapu Khuf Dan Stokin
  • Tayammum

Hard Cover, 388 Halaman

2014 - 2015 © Pustaka Bushra Sdn. Bhd. Hak Cipta Terpelihara. Dibangun dam diselenggarakan oleh Bushra Studio & Publication Sdn. Bhd.