Bangkit dan Runtuhnya Daulah Zankiyah

Product Code: KTB082
Availability: In Stock
RM118.00
Ex Tax: RM118.00
   0 reviews  |  Write a review

Bangkit dan Runtuhnya Daulah Zankiyah

Penulis: 'Ali Muhammad ash Shallabi

Judul Asal: 'Ashr ad Daulah az Zankiyyah

Daulah Zankiyah merupakan bahagian sejarah Islam yang tidak boleh dilupakan. Sebab ia merupakan kelengkapan sejarah Islam yang sudah ada sebelumnya. Di antara raja-raja muslim soleh yang pernah memimpin Daulah Zankiyah, Aq Sunqur, Imanuddin Zanki, Nuruddin Zanki, Saifuddin Ghazi dan lain-lain, mereka adalah orang-orang besar yang sudah membuat sejarah besar.

Banyak yang tidak terlalu mengenal raja-raja muslim itu kerana mereka tidak melakukan penakhlukkan menyeluruh terhadap wilayah musuh seperti yang dilakukan oleh Muhammad Al-Fateh terhadap Konstantinopel atau Salehuddin Al-Ayyubi terhadap Al-Quds. Tetapi apa yang mereka lakukan boleh jadi lebih penting. Sebab merekalah yang meletakkan dasa-dasar kemenangan bagi Salehuddin Al-Ayyubi setelah 13 tahun kemudian ia boleh membebaskan Al-Quds.

Buku Bangkit dan Runtuhnya Daulah Az-Zankiyah ini ditulis oleh seorang ulama dan ahli sejarah, Dr. Ali Muhammad Ash-Shallabi, belia membahas tentang asal usul Daulah Zankiyah, hubungannya dengan kekhalifahan Bani Abbasiyyah dan Bani Saljuk, perjuangan mereka melawan pasukan Salib dan Daulah Fatimiyah yang berhaluan syiah, faktor-faktor yang mendorong Daulah Zankiyah bangkit lalu runtuh serta beragam tema lainnya. Tak dinafikan kehadiran buku ini dapat memenuhi kepuasan para pencinta sejarah Islam.


939 Mukasurat

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good